Friday, June 10, 2011

Beijing 2011 ~ Hari Keempat

Hari keempat jalan2 mcm biasa. Cuma hari yang keempat ni kali pertama rasa hujan di Beijing. Hujan turun waktu petang masa pi tgk Acrobatic Show.

(1) Fresh Water Pearl Shop - Kat sini tunjuk dalam tiram tu ada berapa byk pearl..banyak rupanya..ada dekat 50bj.Pearl yg kecik2 tuh dia proses buat krim kecantikan. Yang gemok2 tu dia watlah gelang,cincin n rantai. Aku xdelah teruja sgt pearl ni..sbb kat Sabah pun banyak kan..biasa tgk. Tapi dengar jelah apa dia nak citer. Kami sorang pun xbeli krim tuh..mahai gaklah..takutlah nak pakai sebarangan nih kan..



 Nampak tak bebiji pearl tuh

 Ni lah krim kecantikan yg dipromote

 Duk tunjuk keberkesanan krim Bio-gold Pearl

 Antara Barang2 yg dijual



(2) Summer Palace (Istana Musim Panas) - Kawasannya luas di tepi tasik buatan yang digali oleh manusia iaitu diberi nama Tasik Kunming. Dilengkapi dengan Kuil, Jambatan gaya China, Jeti Perahu Naga, Seni Taman, Balai Teater, Istana, Arca Kerbau dan lain2.

 Perahu Naga

 Pintu Masuk

 Balai Berehat



 Di tepi Tasik Kunming




(3) Dellmann (Stainless Stell) - Kat sini promote shave dan set pisau. Mcm2 pisaulah..sampai teruja semua nak guna pisau2 tuh..ngan aku sekali beli set pisau tuh. Tapi maaf yek..dah tak hingat berapa hinggit dah harga set pisau tuh..

 tunjuk demo


(4) Jewellery Shop - kat sini dia tunjuk batu permata cthnya Ruby, Topaz, Zamrud, Jed dan banyak lagi. Kat sini pun banyak citer pasal jed. Dia terangkan Jed paling bagus dekat Myanmar (sbb lebih kuat) akan tetapi ianya dipanggil Jadeite. Kat sini dia umpan bagi sorang satu rantai jed yg selalu org cina pkai tuh. Semua amiklah. Kat situ pandai gak dia wat tipu helah..dia ckp jual gelang Cold jed 3 seratus..aku ingat seratus yuan..rupanya seratus ringgit..hampeh betul.cissss

 kapal jed

 beria betul dia terang pasal batu permata

(5) Bird's Nest Stadium and Water Cube - Ni tempat stadium olimpik 2008, Beijing. Kat sini tgk diorang jual layang2 cumel (tapi xder gambo)..



 Nilah team bsama, seramai 14org

 irfan yg xmau didukung

 Wif Tour Guide - Sara
Seronok dapat kehulur hilir

(6) Niujie Mosque- Iaitu masjid tertua di Beijing. Niujie adalah kawasan terbesar yang diduduki oleh umat Islam di sini. Ukiran masjid ini campuran Islam dan Cina.





 menempel skit..ngeh2

(7) Acrobatic Show - start tepat kul 5.30 petang..pukul 4.45 petang dah ada kat sana sbb nak chop tempat..kalau lambat kene duk blakang. So, tak best kata Sara. Mmg best tgk acrobatic show ni. Badan sume melentuk liuk..dan paling best tuh yag naik motor dalam gelung besi tuh..best woo..siap ada penunggang moto pomp tuh..cayalah..




TIP: Nak kemana2 kene bawak botol kosong sbb kat dalam toilet xder air..hanya ada air kat sinki luar. Biasalah org cina mana guna air.

2 comments: