Semasa kami pegi Beijing waktu ni dah last musim bunga..cuaca sejuk mcm air-cond ja.
Udara agak kering so kene standby bwk lipgloss kemana2. Waktu siang lebih panjang dari mlm yang mana subuh seawal pukul 3.07 pagi dan isyak pukul 9.00 mlm. Untuk hari kedua ni kami diminta berkumpul dilobi seawal 7pagi. Oleh kerana kami telah amik package muslim tour, so apabila mkn dia akan bwk ke restoran muslim dan pabila waktu solat kami akan dibawa ke masjid. Kami bersarapan pagi seawal 7.30 pagi, 30 minit jugaklah dari hotel ngan restoran tuh...Makan pagi selalunya diberi roti, nasi goreng cina dan air teh kosong.
Tiananmen Square adalah satu dataran yang dibina semasa Dinasti Ming. Dataran ni ada sejarah2nya contohnya Bantahan Dataran Tiananmen 1989 yang merupakan tunjuk perasaan yg dipimpin oleh pelajar, cendiakawan dan aktivis buruh di Republik Rakyat China (PRC).
Forbidden City (Kota Larangan) merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
yeyyy!!
pokok sehati sejiwa
Solat di Masjid Nandouya. Abah irfan ada amik gambo..tapi dlm kamera hanphone dia la plak..haishhh
Lepas solat kami pegi Free Foot Massage plak. Setiap sorang dpt free massage. Diletakkan kaki dlm sebesen air suam2 dan diletakkan teh herba. Massage ala2 kadar pastu guna minyak yg diaorang nak jual iaitu xsilap aku minyak tu RM100 ringgit kita..mak aiii mahainya..terus xjadi nak beli la..org yg bagi penjelasan kat kami tuh pandai ckp indonesia..dah jadi mcm org indon plak..dia tanya sapa nak check kesihatan..sume wat derk ja..tapi si farhan (bdak yang sesama pegi) dia nak check..pastu dia suh farhan beli mcm2..terus dia xmau.Kita org sume balik tanpa beli apa2.
Selepas tuh kami pegi Silk Center plak..diberi penerangan dari ulat sutera sampai la cadar sutera. Cadar sutera tuh mmg la cantik2. Tapi harga pun cantik gak lah..ngeh2. Kat situ aku beli kain sutera untuk mak aku n satu pasang kain sutera utk aku gak. Kain dia harga sama mcm Malaysia ja pun..mahai gak. Oleh kerana mak aku dah pesan..beli jelah kan..
canteq kan
emmm lembutnya
cadar sutera..emm mahai ni
Dah letih2 tgk silk pegi plak shopping kat Wangfujing Street. Tapi xder maknanya nak shopping kat situ sbbnya kat Wangfujing Street tu byk mall ala2 barang2 kat Mid Valley n KLCC kita. Maksud aku brgnya standard harga Malaysia la...so kami hanya jln2 cuci mata n amik gambo.
jadi model sat
ada jual mknan pelik2 cthnya:kuda laut,tapak sulaiman..aku amik dari jauh ja..errkkk
posing skit
Dalam kul 7.30 mlm kami mkn malam. Makanan seperti biasa ja. Pas makan kami pegi Zu Mart utk beli2 mknan skit. Aku mmg suka minum jus orange kat sana..sbb murah kan..belagak tuh. Zu Mart tuh mcm Giant @ Carefour kita kat sini. Kedai2 kat Beijing ni kul 9.30 mlm dah nak tutuplah. So pas beli tuh kami relax2 kat hotel la. Tido awai skit sbb esk nak bjalan lagi.
TIP : Bawak Garam skit, sbb air kat Beijing ni banyak klorin..sapa xtahan kulit jadi gatai2
bestnyerrrr!!!!!
ReplyDelete