Wednesday, July 28, 2010

Penyusuan di bulan puasa

Lagi 2 minggu lebih nak masuk blan pose. Kene berusaha lebih utk simpan stok susu yg banyak. Aku ada gak le baca kat susuibu.com ttg cara penyusuan pada bulan puasa ni. Agak neves jugak, demi irfan akan kugagahi juga.

Antara petua2nya :

  1. Minum air lebih di malam hari
  2. Makan mknan berkhasiat (cth:kurma, oat)
  3. Setelah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Kauthar dan minum seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan rasa dahaga spjg berpuasa
  4. ambil vitamin @ mknan tambahan (aku minum energizing soy protein shaklee)
  5. Berdoalah semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan utk melakukan kedua2 ibadah. Susu itu adalah rezeki yg dikurniakannya.

Semoga aku mendapat kekuatan dari-NYA. Gambatte ne...

Tuesday, July 27, 2010

susu oh susu

Memang niat di hati nak fully breastfeeding kan irfan at least smpai 6bulan..kalu boleh smpai 2tahun (nak jadi exclusive pumping mom). Tapi nak bf ni mmg nak kuat semangat, lelebih lagi dgn irfan kuat menyusu. Sampai lembik badan rasanya. Aku nak ajar mcmana nak wat stok masa pantang sblm masuk keje. Memula kita mesti stimulate breast kita 1bulan sblm masuk keje. 3hari pertama kita pam pada waktu pagi ja dulu around 8-11 pagi. Untuk hari ke-4 kita sambung plak 2-4 petang selama 3 hari gak. Untuk hari ke-7 kita sambung utk mlm. Memula mmg skit ja susu tu...lama2 ianya akan jd byk. yg penting jgn cpt putus asa. Mesti pam masa anak tgh menyusu. Sbelah dia menyusu, sbelah kita pam. Mmg bleh dpt byk.
At least dpt simpan 15botol sblm masuk keje dah kira ok. Mcm aku, aku dah set satu botol hanya 4oz ja. senang nak kasi pada pengasuh, kira 4oz skali dia minumlah. 2bulan pertama mmg kita byk lagi susu. Kalu kita xpam lama2 susu akan kering. Bila dah keje aku wat jadual pam mcm pagi2 irfan bangun aroud 5.30@6.30 pagi (susu ni kita bekalkan pada pengasuh, kira fresh lagi),8pg(kalau sempat), 10pg(ini wajib), 1ptg, 4ptg, 8mlm dan seblm tido 12mlm. Kat situ kita dah leh dpt around 4-6botol. Apapun aku masih lagi tgh breusaha...gambatte ne

~penyusuan susu ibu bdasarkan permintaan bkn bdasarkan produk

Wednesday, July 21, 2010

heLp me...xsuKa

Pic ni aku suka sgt...abah irfan punyalah posing..si irfan meraung xmau. Bkn apa abahnya seminggu @ 2minggu skali balik...pegang anak pun kekok lagi. Tapi skang dah pro..buleh mandikan irfan, jaga irfan time ibu pegi swimming. Tq abah irfan

irFan kene jaundice

Pada hari ke-4 kelahiran irfan, semasa on the way nak balik phg, pegilah singgah klinik Annur, Bangi skejap. Sj nak check up irfan sbelum balik. Doc check, jaundice irfan tinggi dan patut masuk wad. Doc nasihatkan pi hosp terdekat kat kg. Oleh kerana smpai phg pun dah ptg, so ingat bwk irfan keesokkan harinya ke Hosp Lipis. Irfan kene tahan wad 2hari. masa kat situlah aku diajar mandikan baby mcmana.

Masa irfan kene jaundice ni, mak ayah aku panik tau..sbb anak2 dia xpenah kene..pastu masa diorg jaga anak sedara (anak along) pun xde yg kene...padahal along aku kata farhana ngan sabihah ja xkena..anak dia yg lain kena..itupasal diorg panik ja. Yelah asik kene check ambil darah ja kan.

Ini ada beberapa petua yg aku dapat masa irfan kene jaundice:

  1. Susu ibu - bagi baby minum susu ibu sekerap yg mungkin. Kalu baby tido kene kejutkan. Cara nak kejutkan baby, picit tumit kaki dia (nurse kat hosp Lipis yg ajar)..mmg menjadi aku buat kat irfan. sbb bdak kene jaundice ni dia jd malas...asik nak tido ja. Jgn sesekali biarkan anak anda tidak menyusu lebih dari 2jam coz takut jantung dia makin lemah.
  2. Pokok dukung anak/daun belimbing buluh/daun inai - rebus dan mandikan baby dgn air rebusan tersebut.
  3. Air anggur hijau - ada yg kata bagi air anggur hijau...jgn bagi byk2 nanti sakit perut plak dia.
  4. Susu kambing - ada member aku ckp jgn bagi susu kambing sbb ianya panas.
  5. Ubat sensei - irfan guna gak ubat ni tp xjalan pun...maybe sbb dia kene terus tinggi kot


Tuesday, July 20, 2010

my baby was born


27 april 2010- aku ada appointment kat hosp Putrajaya kul 9pagi. Aku kene refer hosp sbb kepala baby xengaged lagi (dah 37weeks). Punyalah lama menunggu..kul 11 lebih baru jumpa doc. Doc pun check punya check air ketuban plak dah skit. estimate baby dah 3.77kg. So, doc suh aku masuk wad kul 3 petang tu jugak...aku mcm blur2 ja..sbb mcm terkejut. Pas abis jumpa doc aku kol shah suh balik...barang2 preparation baby sume dlm kete dia...aku pun cuba tenangkan diri..pegi beli mknan utk lunch...balik umah relax2 dulu sambil tunggu shah.

Kul 4 lebih baru dapat masuk wad. Dapat yang 4katil satu bilik..bilik 2org dah penuh.duk 4org syok gak..xdelah sunyi sgt.

28-29april 2010 - kul 7pagi dah masuk ubat. mak aiii mase doc seluk check jalan tu mau terangkat punggung aku...hanya tuhan sj tau. masa mlm 28hb tuh rasa dah xtahan sgt kontraksinya...tp hanya 1cm ja bukak.sampai nurse cucuk ubat tahan sakit sbb kontraksi yg kuat tp jln xbukak2. last skali hanya 2cm ja jln bukak. Doc dah kata dari awal, kalu jln xbukak smpai 3cm kene operate. So, aku terpakselah operate. Memula nak operate mlm 29hb kul 9mlm...dah siap puasa dah. Last2 ada emergency kes yg mana ada sorg bdak ni sama induce ngan aku, anak dia dah lemas. Esoknya aku dapat tahu anak dia xberjaya diselamatkan. Kesiannya...dah le anak first..semoga dia dikuatkan semangat dan ditabahkan hati.

30 april 2010- 2 pagi nurse suruh puasa balik. kul 11pg tuh nurse suh prepare nak operate. masa tuh dah berdebar2 gak. kol shah bagitau nak operate. Dia ngan ayah aku xjadi pegi sembahyang jumaat...ayah aku xtenang nak pegi..dia suh patah balik pegi hospital.

Alhamdulillah lahirlah seorang putera bernama "Muhammad Irfan bin Mohd Izruddinshah" pada pukul 12.56 tengahari seberat 3.76 kg.