Saturday, December 3, 2011

Pelanggan-pelanggan dihormati, OneNie's Collection ingin memberi diskaun sebanyak 2% ke atas pembelian baju menyusu bagi stok yang sedia ada. Tawaran ini hanya untuk hujung minggu ini sahaja iaitu sah sehingga 4 Disember 2011 (Ahad). So, cepat-cepat buat pilihan dan tempahan SEGERA. Happy Shopping! :-)

Sumber:

Sunday, October 23, 2011

konVo eJam

semalam kami sekeluarga pegi melaka konvo ejam kat UTeM.mak abah petang jumaat dah bertolak pegi umah pakcu kat Tangkak. Tido kat sana. Ejam punya konvo sesi petang, so around pukul 11 lebih bertolak dari Putrajaya. Sampai sana dalam pukul 1 lebih. Ada 3 kad je untuk masuk dalam dewan. So, aku suh pakcu masuk sekali ngan mak abah. Mak abah bawak sekecik akram n sabihah sekali. Pakcu bawak nadia, fifi n adik sekali. Makcu plak ikut mak ndak pegi konvo natu kat Sarawak. kepada Ejam adikku congratulation ok..dah keje kan..xreti2 belanja kakak ngko ni..ngeh2

bersama belon angry bird irfan 

 sabihah "mufti negeri"

 ejam yang dah slim

 mcm2 gaya..abah yg bz

 wif adikku

 bersama opah


 merdeka!ewah2

 bersama abah irfan


 mcm ahli koprat plak atuk irfan nih

 miut tak saya?

pakcu pon nak konvo jugak

Thursday, October 13, 2011

Lamanya Menyepi

wah lama sungguh rasanya tak menghupdet blog ni..nak kata bz..bz lah jugak..mungkin sbb sebok keje luar aritu+pening2 lalat..cerita beraya pun xsempat kan..tahun ni kami balik pahang dulu pastu baru balik kulim..tema kaler tahun ni kaler oreng...memula nak kaler marron..ntah bila nampak oreng dah tukar kaler.

 ni masa beli songkok irfan

 miut tak anak ibu ni

di pagi raya masa berkunjung rumah nenek di pahang

Puasa tahun ni mmg agak sukar bagi aku sbb alahan agak teruk..makan je mesti muntah..adus..sampai turunlah berat badan. yang peliknya bila balik pahang sikit pun tak muntah..itulah penangan masakan mak kan...rindunya plak kat mak (tetiba feeling)..aku tinggal puasa sehari sbb lebih dari 6 kali aku muntah sampai lembik rasanya..dugaan..irfan dah makin buas..memanjat sana sini..pasni ibu training naik bukit plak..

Bebaru ni teman abah irfan gunting rambut kat Jusco Equine..pastu try la skali gunting rambut irfan..payah sgt suh abah irfan gunting ada je alasannya..nasib baik duk diam (good boy anak ibu)


 posing skit

 laju gila amoi tu gunting..cayalah

vacum rambut

Tuesday, June 21, 2011

katakan TIDAK untuk puting

Sejak balik dari Beijing arituh sajer jer try xmau kasi irfan hisap puting..sbb kalu kat umh pengasuh dia xhisap pun..kat umh je kalu nak tido hisap puting. Akhirnya berjaya juga xbagi irfan hisap puting lagi..nampak ok ja dia tido ngan tenang..so puting dia dah simpan. Xmacho la kan irfan hisap puting..ngeh2..

Mari kita tgk gambo2 irfan bsama putingnya...layannn

wif abah irfan

masa nih kene tunggu ibu n abah irfan duk main badminton

masa jenjalan kat bukit merah

eee silaunya


Sunday, June 12, 2011

Selamat Hari Lahir



 sedap betul kek ni..tq kak S

tq kakak2 ku..mmg cedap

Alhamdulillah..aku bersyukur kerana masih bernafas di bumi yang indah ini. 10 jun 2011 genaplah 29thn umur aku. Bagi aku umur tu hanya angka kehidupan yg perlu kita syukuri kerana mati itu PASTI. Skang ni muda2 dah byk penyakit kan..badan yg dianugerahkan ini perlu kita jaga sebaiknya. Skang ni aku belajar utk musabah diri supaya tidak terlalu melampau dari semua hal. kadang2 kita ni masih tidak bersyukur apa yg kita dapat. Sepatutnya kita sentiasa wasatiah dalam setiap hal. Sentiasalah kita mendengar ilmu2 agama supaya hati kita tidak MATI. Terima kasih kepada kengkawan yg sentiasa mendoakan kebahagian saya..tiada hadiah yg istimewa selain doa kalian...love u all..muaaahhhh

Beijing 2011 ~ Hari Akhir

Rasa sedih plak nak tinggaikan Beijing nih..rasa xpuas nak shopping..tapi duit dah abisss..huwaaaa. Seawal 6.00 pagi sudah check out dan terus pegi breakfast. Hari akhir ni kami ke Tianjin menaiki High Speed rail in China (Bullet Train). Sgtlah laju iaitu paling laju 330km/h dan average kelajuan 200km/h  selama 28minit sudah sampai ke Tianjin. Train ni tidak menggunakan roda, ianya menggunakan magnet levitation,sbb tu xrasa gegaran langsung..buat susu irfan pun senang ja. Lepas sampai di stesen Tianjin kami kene pegi ke pintu depan stesen, sepatutnya beg2 dan brg2 kami dibwk oleh bas, malangnya bas rosak plak..mak aihhh nak mengangkut brg2 tuh kat depan stesen tuh mcm nak menangis..kesian kat pakcik makcik duk mengangkut brg..kami nasib dua beg ja..sume brg duk sangkut kat buggy irfan..jenuh betoilah..pastu driver bas siap telefon Sara mohon maaf kerana bas rosak..nak wat mcmana terima jelah..so kami terpaksa share bas ngan Kristal Travel (dari Malaysia juga).



Lepas tu kami pegi ke Tianjin Street untuk shopping yg terakhir. Kat situ xdelah nak shopping apa pun sbb jual pun benda2 souvenir je pun. Aku ada gaklah beli skit2 kat sini. Gelang pearl yg cantik..10yuan je pun..ngeh2. Tiket balik pukul 3.50 pm, pukul 2.30 kami dah kat sana..siap2 check in n solat kat situ pastu...babai Beijing..kalu ada umur pjg n rezeki lebih buleh pegi lagi..tp pegi shopping jelah dah cukup rasanya...




Mesti ngkorang nak tau kami ikut travel agensi mana kan..kami telah memilih Al-Quds Travel yg berada di Kelantan untuk manage travel kami. Alhamdulillah kami berpuas hati dgn layanan dan service yang diberi. Group kami seramai 14 org iaitu Aimi, husband aimi, hakim (anak aimi 3thn), mak dan ayah aimi, abg aimi, anak abg aimi (ashraf 4thn), pak din (pakcik aimi), Farhan (cousin aimi), sepasang suami isteri (tak ingat nama) dan kami sekeluarga. Kami mengucapkan terima kasih kerana byk tolong kami..kami seronok bsama..mmg bestttt..

Beijing 2011 ~ Hari KeLima

Hari ke5 nilah ditunggu2 sbb satu hari suntuk pegi shopping sampai duit abis..ngeh2..Bila teringat balik rasa nak pi balik shopping..duk teringat barang2 yg xdapat beli..adusss...nyesal2

(1) Yashow Market - tempat shopping ni mmg best..byk level..xsempat semua pegi..kat sini byk baju2 jenjalan, baju sport, kasut, baju bebudak..mainan, mcm2 lah..oleh kerana terlalu kaget sbb tgk byk sgt benda..rasa mcm sume nak beli..so byk benda aku xsempat nak beli sbb masa hanya bagi 2jam je..adus..dengan nak bargain lagi..xsempat. Abah irfan terkilan terlepas baju adidas star wars dia tuh..sbb penjual tu blagak giler..xmau kurangkan harga langsung..ingat nak pegi tgk kat kedai lain..patutlah belagak semcm je..kedai dia ja ada..pastu dah xsempat beli..sampai sini duk teringat2 plak dah..langsung xjumpa dah plak tuh..sian..Aku plak terkilan ngan baju panjang ala2 rappers tuh..cantik2 siut..itu pun sama sbb xbyk jual baju mcm tuh..so diorg agak belagak lah skit kot. Tapi diorang ni kalu start letak harga mesti 200 yuan ke atas..hampeh betul..walaupun brg tuh boleh dapat 50yuan je..mmg kene keras hati giler2..keras hati aku..lagi kaw2 abah irfan letak harga..sampai depa ckp.."your husband killer me"..ngeh2. Oleh kerana teruja sgt nak shopping..xder gambo diambil kay..inipun amik kat internet ja.


 (2) Solat Jumaat di Nandouya Mosque - Abah irfan kata ni first time dia dengar baca khutbah paling laju iaitu xsampai 10minit dah sudah. Dah le xpaham..ngeh2. Pas solat kita mkn





(3) Tianya Market & Hongqiao Market - Sambung plak shopping kat sini. Bagi aku kat sini byk handbag n kasut plak..bagi mereka yg minat ngan handbag mmg byk yg super AAA..leh katakan mmg China ni peniru yg hebat kan..buat aku sawan jugak kat sini. Beg yg super AAA dia tak display..leh tgk catalog yg mana nak. Kat sini lama skit lah sampai 4jam. Tapi aku lebih suka kat Yashow market sebenarnya..adussss..mcm nak pegi balik ja..

TIP: Lepas beli barang make sure barang yg dibeli adalah betul..kadang2 diorg ada tukar barang. Lebih2 lagi beli brg banyak2.

Friday, June 10, 2011

Beijing 2011 ~ Hari Keempat

Hari keempat jalan2 mcm biasa. Cuma hari yang keempat ni kali pertama rasa hujan di Beijing. Hujan turun waktu petang masa pi tgk Acrobatic Show.

(1) Fresh Water Pearl Shop - Kat sini tunjuk dalam tiram tu ada berapa byk pearl..banyak rupanya..ada dekat 50bj.Pearl yg kecik2 tuh dia proses buat krim kecantikan. Yang gemok2 tu dia watlah gelang,cincin n rantai. Aku xdelah teruja sgt pearl ni..sbb kat Sabah pun banyak kan..biasa tgk. Tapi dengar jelah apa dia nak citer. Kami sorang pun xbeli krim tuh..mahai gaklah..takutlah nak pakai sebarangan nih kan..



 Nampak tak bebiji pearl tuh

 Ni lah krim kecantikan yg dipromote

 Duk tunjuk keberkesanan krim Bio-gold Pearl

 Antara Barang2 yg dijual



(2) Summer Palace (Istana Musim Panas) - Kawasannya luas di tepi tasik buatan yang digali oleh manusia iaitu diberi nama Tasik Kunming. Dilengkapi dengan Kuil, Jambatan gaya China, Jeti Perahu Naga, Seni Taman, Balai Teater, Istana, Arca Kerbau dan lain2.

 Perahu Naga

 Pintu Masuk

 Balai Berehat



 Di tepi Tasik Kunming




(3) Dellmann (Stainless Stell) - Kat sini promote shave dan set pisau. Mcm2 pisaulah..sampai teruja semua nak guna pisau2 tuh..ngan aku sekali beli set pisau tuh. Tapi maaf yek..dah tak hingat berapa hinggit dah harga set pisau tuh..

 tunjuk demo


(4) Jewellery Shop - kat sini dia tunjuk batu permata cthnya Ruby, Topaz, Zamrud, Jed dan banyak lagi. Kat sini pun banyak citer pasal jed. Dia terangkan Jed paling bagus dekat Myanmar (sbb lebih kuat) akan tetapi ianya dipanggil Jadeite. Kat sini dia umpan bagi sorang satu rantai jed yg selalu org cina pkai tuh. Semua amiklah. Kat situ pandai gak dia wat tipu helah..dia ckp jual gelang Cold jed 3 seratus..aku ingat seratus yuan..rupanya seratus ringgit..hampeh betul.cissss

 kapal jed

 beria betul dia terang pasal batu permata

(5) Bird's Nest Stadium and Water Cube - Ni tempat stadium olimpik 2008, Beijing. Kat sini tgk diorang jual layang2 cumel (tapi xder gambo)..



 Nilah team bsama, seramai 14org

 irfan yg xmau didukung

 Wif Tour Guide - Sara
Seronok dapat kehulur hilir

(6) Niujie Mosque- Iaitu masjid tertua di Beijing. Niujie adalah kawasan terbesar yang diduduki oleh umat Islam di sini. Ukiran masjid ini campuran Islam dan Cina.





 menempel skit..ngeh2

(7) Acrobatic Show - start tepat kul 5.30 petang..pukul 4.45 petang dah ada kat sana sbb nak chop tempat..kalau lambat kene duk blakang. So, tak best kata Sara. Mmg best tgk acrobatic show ni. Badan sume melentuk liuk..dan paling best tuh yag naik motor dalam gelung besi tuh..best woo..siap ada penunggang moto pomp tuh..cayalah..




TIP: Nak kemana2 kene bawak botol kosong sbb kat dalam toilet xder air..hanya ada air kat sinki luar. Biasalah org cina mana guna air.