Tuesday, May 15, 2012

Gambar adik irfan

Antara gambar-gambar my princess Zara...layannn

tenang je tido

masih tenang

rambut pacak..dah mcm boboy la plak

dah mcm tepung gomak...ngeh2

letihnya...


sampai penyek dah pipi tue

miut tak saya...

Monday, May 14, 2012

Lahirnya Nur Izz Zara

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan putriku dengan selamat.skang ni aku sudah abis pantang dan sudah balik semula ke putrajaya.kengkwn aku ramai tnya knp balik cepat sgt.aku balik ni sbb byk benda nak buat antaranya kemas umh,nk suaikan keadaan bila jg anak sesorg ja,kumpul stok susu dan mcm2 lg la.kat sn aku nk menceritakan serba sedikit detik aku melahirkan ank kedua aku ni.

21hb Mac 2012

patutnya aku dah kene msk wad,tp wad penuh dan aku diminta tunggu panggilan dr hospital.pada mlm tu,nurse dr labour room kol dan mengatakan wad penuh lg.dan minta aku dtg pg esok kat hosp utk tgk mcmana.

22hb Mac 2012

pagi2 lepas sarapan pg semula hosp dan jwpn masih sm iaitu wad penuh lg.Jam menunjukkan pkul 11.30mlm,panggilan Doc dr hosp mgatakan aku masuk wad mlm itu juga.aku pun pg lah register dan msk wad 2A katil no.2,kiranya dpt bilik 2org.bdak blik tuh siap bsyukur aku msk wad tu sbb dia penakut nk tido sorg,patutlah terang menerang bilik tu.bdak tu muda lg baru 24thn mgandung anak kembar,ada darah tinggi dan kencing kotor.sblm ni pnh gugur ank kembar jgk.

23hb Mac 2012

Dalam pkul 5pg dtg sorg doc nak pasang jarum kat tgn aku dan dia ckp tunggu nurse panggil utk doc msk ubat induce.Dalam menunggu tu dtg doc pelatih perempuan duk menanya mcm2 soklan.pasru dia minta nk check perut,aku pun bg jelah.check punya check dia ckp xjmpa kepala baby aku,dia rasa mcm kat tepi..aduyai betoi ke nu.xkan songsang plak ni.aku dah nk msk ubat pg tu.Dalam kul 8.30 pg doc panggil dgn bdebarnya sbb dah tau sakitnya mcmana kan.masa tu ada 3org kene induce pg tu.sorg akak tu dah nk msk anak ke4 dan sorg mcm aku yg mn ank pertama kene rioperate,tp dia xinduce dulu so dia xtau sakit mcmana.kali ndui doc msk ubat separuh je sbb dah ada previous scar.dalam 15minit msk ubat tu aku dah rasa contraction.lepas mkn tghari doc check jln baru 2cm.pas mkn contraction makin kuat.erkkk pkul 7mlm check lg masih 2cm lg.masa check doc suh nurse kasi aku ubat penahan sakit,tp ms doc ckp tu hanya ada pembantu nurse je yg staff nurse xde.so dia xberani nk bg ubat kat aku.yg membe lg sorg tu nurse ada so dia kene cucuklah.aku pun ckp xpelah,boleh tahan sakit lg.padahal dah sakit gigi aku duk geget kain.dlm pkul 3pg doc pggil sbb contraction aku makin kerap akan tetapi jln br bukak 3cm je.aku menahan sakit sampai ke pagi,aku duk mengerang sakit,katil sebelah anak dia duk menangis lapar sbb susu ibu dia blum ada sgt lg dan jenis inverted nipple plak tu.mengamuk aja anak dia.

24hb Mac 2012

Dalam pkul 8lebih doc pakar panggil.bukaan dah 4cm dan terus dia pecahkan air ketuban.sampai bilik nurse dah standby bwk kerusi roda.smpat aku msg abah irfan suh pg labour room terus dan hp aku tu aku minta bdak katil sbelah tu pegang takut ada sesape call.sampai je labour room tu aku tgk ada 4org nurse pelatih.nurse bg bj suh aku salinkan pakaian.dan baring atas katil.pastu abah irfan pun sampai.dari pkul 9 pg tu sampai le pkul 12.30 tghari bukaan dah 9cm.semua nurse dah sorg doc bsiap sedia.aku hanya dgr ckp depa ja sbb sgt mamai n khayal sbb tak tido dr smlm.mmg aku smpai putus asa dan xlarat sgt,tp semua org kat situ bg support dan akhirnya tepat 12.45tghari keluarlah puteriku yg seberat 3.68kg dan diberi nama Nur Izz Zara yg bermaksud izz itu kekuatan dan zara itu puteri.alhamdulillah semuanya selamat dan aku bsyukur kerana Allah telah makbulkan hajat aku utk bsalin normal.