Sunday, June 12, 2011

Beijing 2011 ~ Hari Akhir

Rasa sedih plak nak tinggaikan Beijing nih..rasa xpuas nak shopping..tapi duit dah abisss..huwaaaa. Seawal 6.00 pagi sudah check out dan terus pegi breakfast. Hari akhir ni kami ke Tianjin menaiki High Speed rail in China (Bullet Train). Sgtlah laju iaitu paling laju 330km/h dan average kelajuan 200km/h  selama 28minit sudah sampai ke Tianjin. Train ni tidak menggunakan roda, ianya menggunakan magnet levitation,sbb tu xrasa gegaran langsung..buat susu irfan pun senang ja. Lepas sampai di stesen Tianjin kami kene pegi ke pintu depan stesen, sepatutnya beg2 dan brg2 kami dibwk oleh bas, malangnya bas rosak plak..mak aihhh nak mengangkut brg2 tuh kat depan stesen tuh mcm nak menangis..kesian kat pakcik makcik duk mengangkut brg..kami nasib dua beg ja..sume brg duk sangkut kat buggy irfan..jenuh betoilah..pastu driver bas siap telefon Sara mohon maaf kerana bas rosak..nak wat mcmana terima jelah..so kami terpaksa share bas ngan Kristal Travel (dari Malaysia juga).



Lepas tu kami pegi ke Tianjin Street untuk shopping yg terakhir. Kat situ xdelah nak shopping apa pun sbb jual pun benda2 souvenir je pun. Aku ada gaklah beli skit2 kat sini. Gelang pearl yg cantik..10yuan je pun..ngeh2. Tiket balik pukul 3.50 pm, pukul 2.30 kami dah kat sana..siap2 check in n solat kat situ pastu...babai Beijing..kalu ada umur pjg n rezeki lebih buleh pegi lagi..tp pegi shopping jelah dah cukup rasanya...




Mesti ngkorang nak tau kami ikut travel agensi mana kan..kami telah memilih Al-Quds Travel yg berada di Kelantan untuk manage travel kami. Alhamdulillah kami berpuas hati dgn layanan dan service yang diberi. Group kami seramai 14 org iaitu Aimi, husband aimi, hakim (anak aimi 3thn), mak dan ayah aimi, abg aimi, anak abg aimi (ashraf 4thn), pak din (pakcik aimi), Farhan (cousin aimi), sepasang suami isteri (tak ingat nama) dan kami sekeluarga. Kami mengucapkan terima kasih kerana byk tolong kami..kami seronok bsama..mmg bestttt..

No comments:

Post a Comment