Untuk hari ketiga ini perjalanan agak memenatkan coz asik turun naik bas..aduihhh bila time irfan tido yg xlaratnya duk turun naik buggy dia tuh..oleh kerana teruja punya pasal..gagah jugaklah. Hari ni berkumpul agak awal skit iaitu kul 6.30 pagi. kiranya kul 7pagi dah breakfast.
(1) Jed Center - tempat ni tunjuk buat jed sampai la jual barang-barangan jed. Mereka tunjuk macamana nak tau kualiti jed. Perbezaan jed ni bleh kita gunakan cara mengetuk jed tu akan menghasilkan bunyi yg berbeza2.
Cara2 bentukkan jed
Ni amoi yang explain ttg jed
Ni antara jed2 yg dijual
Posing skit
(2) Medical Cream Center- kat sini dia jual cream utk sembuh luka n krim kecantikan. Dia buat demo pegang besi panas pastu sapu krim tuh...kat situ jugak ada check kesihatan..tgk darah berjalan lancar ker tidak..aku punya salur darah masih panjang2..cuma ada bengkok2 skit. Kat sini xamik gambo pun..sowi
(3) Crystal Center - Kat sini baru ada beli skit. Abah irfan hadiahkan seutas rantai (tqvm). Pompoan kan sukakan aksesori..mmg cantik2 tapi mahai la..kedai kerajaan kan.
Serba sedikit citer pasai crystal
Kepercayaan orang cina apabila menyentuhnya akan dapat tuah kekayaan dan panjang umur. Tapi bleh pegang sampai 3kali ja. Kalau lebih hilang semua tuahnya.
antara barang2 crystal
Ni patung Maharaja China yg dulu2 diperbuat dari jed.
(4) Great Wall - Inilah tempat yg dinanti-nantikan..sebelum pegi Great Wall ni kami dah siap mkn n solat kat tempat crystal tuh. Masa sampai kat Great Wall tuh irfan dah lena..masa kat ateh bas tuh lagi mak ayah si aimi dah ckp diorg tak naik..so aku dah mintak tolong makcik tu jaga irfan..mak ayah dia nak pergi naik itu tembok...wah sudah lama tak naik tangga tinggi2 ni..pancit gaklah mak ni...tangga dia jenis tinggi2 dan cerun. Masa naik tuh ada gaklah org muntah2..adus..lariiii. aku ni dah ler penggayat orgnya..nama je slalu naik gunung bagai..masa nak turun tuh agak lembabs lah skit..pegang besi tepi tangga tu xlepas tuh..aishhh
kat bawah great wall tuh ada plak amik gambo pkai costume org cina. Skali ngan gambo dah print 100 yuan.
Gayat kan..
apa pesen ntah
beginilah org dah xder stamina..haishhh
ssape nak padlock cinta mereka di sini..tetapi aku tidak..ngeh2
posing skit bsama abah irfan
(5) Dr. Tea ( Tea Ceremony) - kat sini tunjuk pelbagai jenis teh dan cara minum setiap teh pun berbeza. Cara pegang cawan teh tuh berbeza antara lelaki n perempuan. Antara teh2 yang dijual ialah Teh Jasmine (baik utk mata, Teh Oolong (utk kurangkan kolestrol)..ada lagi tp dah lupa.
kat sini irfan femes..amoi2 sume nak amik gambo
(7) Sunny Gold Street - ni tempat kedua shopping kami..mmg best shopping kat sini walaupun tempat ni kecik tapi xramai org. So, kita bleh bargain kaw2 punya. Aku agak terkilan xbeli comforter kat sini..sbb 1st time kan pegi..kita xtau mana tmpat shopping yg kita dibawa tuh mcmana suasana n harganya. Tapi kat sini dapat shopping 1 jam 45 minit ja...dapat beli 3 helai blouse, 2 helai tudung, 1 tshirt irfan, set2 cadar meja n sarung tisu...wah nak shopping lagi.
(8) Hard Rock Cafe - Seperti biasa wajib beli t-shirt utk koleksi. Sebelum ni kami baru ada 2 t-shirt HR iaitu masa kat Bali n Singapore. Hampir 400 yuan melayang di sini.
peace...
Lepas tu kami pun dinner time. Kali ni dinner dekat2 hotel kami. Makanan kat sini agak sedap skit sbb pedas skit. Kat China ni yg best ni sbb byk tul jenis lauknya..
Tip : kalau nak beli barang..make sure pikir dulu sebelum letak harga. Selalunya bila kita bargain kaw2 dia akan pilih harga yg kita ckp kali pertama tuh..nak mintak kurang pd tuh dah agak susah.