Wednesday, July 21, 2010

irFan kene jaundice

Pada hari ke-4 kelahiran irfan, semasa on the way nak balik phg, pegilah singgah klinik Annur, Bangi skejap. Sj nak check up irfan sbelum balik. Doc check, jaundice irfan tinggi dan patut masuk wad. Doc nasihatkan pi hosp terdekat kat kg. Oleh kerana smpai phg pun dah ptg, so ingat bwk irfan keesokkan harinya ke Hosp Lipis. Irfan kene tahan wad 2hari. masa kat situlah aku diajar mandikan baby mcmana.

Masa irfan kene jaundice ni, mak ayah aku panik tau..sbb anak2 dia xpenah kene..pastu masa diorg jaga anak sedara (anak along) pun xde yg kene...padahal along aku kata farhana ngan sabihah ja xkena..anak dia yg lain kena..itupasal diorg panik ja. Yelah asik kene check ambil darah ja kan.

Ini ada beberapa petua yg aku dapat masa irfan kene jaundice:

  1. Susu ibu - bagi baby minum susu ibu sekerap yg mungkin. Kalu baby tido kene kejutkan. Cara nak kejutkan baby, picit tumit kaki dia (nurse kat hosp Lipis yg ajar)..mmg menjadi aku buat kat irfan. sbb bdak kene jaundice ni dia jd malas...asik nak tido ja. Jgn sesekali biarkan anak anda tidak menyusu lebih dari 2jam coz takut jantung dia makin lemah.
  2. Pokok dukung anak/daun belimbing buluh/daun inai - rebus dan mandikan baby dgn air rebusan tersebut.
  3. Air anggur hijau - ada yg kata bagi air anggur hijau...jgn bagi byk2 nanti sakit perut plak dia.
  4. Susu kambing - ada member aku ckp jgn bagi susu kambing sbb ianya panas.
  5. Ubat sensei - irfan guna gak ubat ni tp xjalan pun...maybe sbb dia kene terus tinggi kot


3 comments: