Setelah sekian lama mengidamkan beg FOSSIL. Akhirnya dapat jugak beg idaman ini. Beg ni untuk season winter tahun ni iaitu Maddox Patchwork Convertible Hobo. Banyak2 terima kasih kepada abah irfan kerana merealisasikan impian saya...hahahhaha. Oleh kerana bonus abah irfan lebih byk dari ibu so patutlah kan belanja ibu...lain kali bleh belanja lagi...hehehhehe
Sunday, December 12, 2010
Mari makan bsama irfan
irfan comot
bubur nasi+brokoli+carrot+ayam = yummy!!
tempat mainan irfan
Skang ni buat bubur irfan utk 5hari bekerja. Bekukan dan pengasuh nanti tlg panaskan.
Monday, December 6, 2010
irFan dah 7bulan
Sudah lama xtulis blog..asik kene pegi outstation ja. sampai xsedar si irfan dah masuk 7bln lebih. Apa perkembangan dia yek..elok masuk ja 7bln irfan dpt memusingkan badan (meniarap) dgn mudah skali..sblm ni berat skit. Gigi belum tumbuh lagi..pengasuh dia ckp biar lambat tumbuh gigi..nanti lambat rosak..ade plak mcm tuh..nak tergelak aku...
bsama wawie
Monday, November 15, 2010
Jalan2 Cameron 6-7nov 2010
Dah lama xpegi bercuti..mmg menunggu irfan beso skit.Lokasi percutian kali ini ialah di Cameron Highlands, Pahang. Oleh kerana abah irfan ckp dia xpenah pegi ke situ dan mummy ani yg asik suh dtg ke sana..so kami pun bersetuju utk ke sana. Kami telah booking utk duk kat Bala's chalet yg telah di suggest oleh mummy ani.
mummy ani tukang jadi tour guide kami..tq mummy
depan chalet
Oleh kerana aku yg sengal lupa charge bateri kamera..oleh itu hanya sedikit ja gambo yg dapat..oleh itu tpaksa kami pegi lagi lain kali...hahahaha..bernas tak alasan..Apapun hepi sgt dpt pg bercuti..next holiday kat mana pulak yek..bilalah aku dpt pg snorkling lagi ni...tunggu irfan besar skitlah jwbnya..
Wednesday, October 13, 2010
Proses Pemberian Makanan Pelengkap
Hujung bulan ni irfan akan masuk 6 bulan. So saya pun adalah baca2 skit utk wat preparation skit2 tentang pemberian makanan pelengkap. Kat sini saya nak share skit apa yang saya baca.
Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. Anda digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda. Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:
Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. Anda digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda. Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:
- Perkenalkan bubur nasi sahaja yang telah dikisar halus
- Selepas seminggu, masukkan pula sayuran ke dalam bubur tadi. sayur yang dicadangkan ialah sayur hijau seperti bayam, kangkung atau lobak merah dll
- Selepas seminggu masukkan pula sumber protein seperti ikan, telur kuning atau daging ayam
- Bubur nasi perlulah seimbang dari segi zat karbohidrat, vitamin dan mineral serta protein
- Memperkenalkan bahan satu persatu adalah untuk mengenalpasti bayi mempunyai alahan kepada makanan tertentu
- Elakkan meletakan bahan perisa, garam atau gula ke dalam makanan bayi. Ini adalah untuk membolehkan bayi merasa bahan secara semulajadi
Monday, October 11, 2010
aksi2 irfan
muqe bengang kene tunggu ibu shopping
skang ni tido dah nak gaya mcm ni plak
irfan bogel...oppsss!!!
mana ada sama kan...hehehhehe
gambar raya aidilfitri 2010
Tak sempat nak update blog..nak tunjuk skit gambor2 raya tahun ni. Tahun ni raya kat kulim dulu pastu baru balik pahang.
Bergambo di pagi raya di umah tok bersama mak mertua dan pak ngah n mak ngah irfan
Tema biru yg xberapa nak menjadi...hahahha
irfan yang muqe xberapa nak cenyum...tgk org ramai sgt..jd kaget...hahahah
Maksu dan arin...ini baru betul sama
Tuesday, August 31, 2010
manik oh manik!
Tahun ni baju raya ader manik blink2...ehheheh.ni corak rekaan sendiri tau..lain nak buat lain jadinya...hahhahaha...apapun layannnnn
Merdeka!
Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana negara kita masih merdeka. Selama 53 tahun kita sudah kecapi kemerdekaan ini. Negara kita yg semakin maju, taraf kemiskinan tidaklah terlalu teruk jika nak dibandingkan dgn negara indonesia, filipina, dan india. Masih lagi boleh bershopping sakan.Kita patut bersyukur dgn segala apa yg kita nikmati sekarang. Jika di Palestin masih berlumur darah. Ancaman yg paling besar di negara kita adalah masalah sosial yg makin teruk. Sama2lah kita menjaga anak2, adik beradik kita supaya tidak terjebak dgn gejala sosial yg teruk sekarang ni. Kadang2 takut memikirkan mcmana nak didik irfan nanti. Adakah aku berjaya mendidiknya..apapun aku bangga jadi RAKYAT MALAYSIA.
MERDEKA!!!
Wednesday, August 11, 2010
gelagat bersahur
Pagi tadi nasib baik tak terbabas waktu bersahur. Kul 5.00 pagi baru sedar, itu pun sbb irfan merengek mana taknya hp aku dekat tepi telinga dia...hehhehe. Bulan ni shah keje shift malam, so pagi tadi bersahur sorang2 bertemankan irfan (sambil menyusu). Aku mkn 4keping roti+kaya dan aku bancuh segelas soy protein. Hari ini berbuka abah irfan suh masak sambal sotong+telur kicap+sayur. Bukan bleh mkn byk2 sgt nanti mengah nak solat terawih. Kami buat sistem giliran utk pg solat terawih. Mlm ni shah jaga irfan, esk aku plak jaga. Dikesempatan bulan ramadhan yg mulia ini aku memohon maaf andai aku ada terbuat sesiapa kecik ati ka..ampun yek. Semoga ramadhan kali ini dapat aku membuat byk lagi amal ibadat. Jangan pulak kita membazir2. Masak sendiri lebih bagus walaupun simple.
~selamat beramal
~selamat beramal
Monday, August 2, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Penyusuan di bulan puasa
Lagi 2 minggu lebih nak masuk blan pose. Kene berusaha lebih utk simpan stok susu yg banyak. Aku ada gak le baca kat susuibu.com ttg cara penyusuan pada bulan puasa ni. Agak neves jugak, demi irfan akan kugagahi juga.
Antara petua2nya :
Antara petua2nya :
- Minum air lebih di malam hari
- Makan mknan berkhasiat (cth:kurma, oat)
- Setelah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Kauthar dan minum seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan rasa dahaga spjg berpuasa
- ambil vitamin @ mknan tambahan (aku minum energizing soy protein shaklee)
- Berdoalah semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan utk melakukan kedua2 ibadah. Susu itu adalah rezeki yg dikurniakannya.
Semoga aku mendapat kekuatan dari-NYA. Gambatte ne...
Tuesday, July 27, 2010
susu oh susu
Memang niat di hati nak fully breastfeeding kan irfan at least smpai 6bulan..kalu boleh smpai 2tahun (nak jadi exclusive pumping mom). Tapi nak bf ni mmg nak kuat semangat, lelebih lagi dgn irfan kuat menyusu. Sampai lembik badan rasanya. Aku nak ajar mcmana nak wat stok masa pantang sblm masuk keje. Memula kita mesti stimulate breast kita 1bulan sblm masuk keje. 3hari pertama kita pam pada waktu pagi ja dulu around 8-11 pagi. Untuk hari ke-4 kita sambung plak 2-4 petang selama 3 hari gak. Untuk hari ke-7 kita sambung utk mlm. Memula mmg skit ja susu tu...lama2 ianya akan jd byk. yg penting jgn cpt putus asa. Mesti pam masa anak tgh menyusu. Sbelah dia menyusu, sbelah kita pam. Mmg bleh dpt byk.
At least dpt simpan 15botol sblm masuk keje dah kira ok. Mcm aku, aku dah set satu botol hanya 4oz ja. senang nak kasi pada pengasuh, kira 4oz skali dia minumlah. 2bulan pertama mmg kita byk lagi susu. Kalu kita xpam lama2 susu akan kering. Bila dah keje aku wat jadual pam mcm pagi2 irfan bangun aroud 5.30@6.30 pagi (susu ni kita bekalkan pada pengasuh, kira fresh lagi),8pg(kalau sempat), 10pg(ini wajib), 1ptg, 4ptg, 8mlm dan seblm tido 12mlm. Kat situ kita dah leh dpt around 4-6botol. Apapun aku masih lagi tgh breusaha...gambatte ne
~penyusuan susu ibu bdasarkan permintaan bkn bdasarkan produk
Wednesday, July 21, 2010
heLp me...xsuKa
irFan kene jaundice
Pada hari ke-4 kelahiran irfan, semasa on the way nak balik phg, pegilah singgah klinik Annur, Bangi skejap. Sj nak check up irfan sbelum balik. Doc check, jaundice irfan tinggi dan patut masuk wad. Doc nasihatkan pi hosp terdekat kat kg. Oleh kerana smpai phg pun dah ptg, so ingat bwk irfan keesokkan harinya ke Hosp Lipis. Irfan kene tahan wad 2hari. masa kat situlah aku diajar mandikan baby mcmana.
Masa irfan kene jaundice ni, mak ayah aku panik tau..sbb anak2 dia xpenah kene..pastu masa diorg jaga anak sedara (anak along) pun xde yg kene...padahal along aku kata farhana ngan sabihah ja xkena..anak dia yg lain kena..itupasal diorg panik ja. Yelah asik kene check ambil darah ja kan.
Ini ada beberapa petua yg aku dapat masa irfan kene jaundice:
- Susu ibu - bagi baby minum susu ibu sekerap yg mungkin. Kalu baby tido kene kejutkan. Cara nak kejutkan baby, picit tumit kaki dia (nurse kat hosp Lipis yg ajar)..mmg menjadi aku buat kat irfan. sbb bdak kene jaundice ni dia jd malas...asik nak tido ja. Jgn sesekali biarkan anak anda tidak menyusu lebih dari 2jam coz takut jantung dia makin lemah.
- Pokok dukung anak/daun belimbing buluh/daun inai - rebus dan mandikan baby dgn air rebusan tersebut.
- Air anggur hijau - ada yg kata bagi air anggur hijau...jgn bagi byk2 nanti sakit perut plak dia.
- Susu kambing - ada member aku ckp jgn bagi susu kambing sbb ianya panas.
- Ubat sensei - irfan guna gak ubat ni tp xjalan pun...maybe sbb dia kene terus tinggi kot
Tuesday, July 20, 2010
my baby was born
27 april 2010- aku ada appointment kat hosp Putrajaya kul 9pagi. Aku kene refer hosp sbb kepala baby xengaged lagi (dah 37weeks). Punyalah lama menunggu..kul 11 lebih baru jumpa doc. Doc pun check punya check air ketuban plak dah skit. estimate baby dah 3.77kg. So, doc suh aku masuk wad kul 3 petang tu jugak...aku mcm blur2 ja..sbb mcm terkejut. Pas abis jumpa doc aku kol shah suh balik...barang2 preparation baby sume dlm kete dia...aku pun cuba tenangkan diri..pegi beli mknan utk lunch...balik umah relax2 dulu sambil tunggu shah.
Kul 4 lebih baru dapat masuk wad. Dapat yang 4katil satu bilik..bilik 2org dah penuh.duk 4org syok gak..xdelah sunyi sgt.
28-29april 2010 - kul 7pagi dah masuk ubat. mak aiii mase doc seluk check jalan tu mau terangkat punggung aku...hanya tuhan sj tau. masa mlm 28hb tuh rasa dah xtahan sgt kontraksinya...tp hanya 1cm ja bukak.sampai nurse cucuk ubat tahan sakit sbb kontraksi yg kuat tp jln xbukak2. last skali hanya 2cm ja jln bukak. Doc dah kata dari awal, kalu jln xbukak smpai 3cm kene operate. So, aku terpakselah operate. Memula nak operate mlm 29hb kul 9mlm...dah siap puasa dah. Last2 ada emergency kes yg mana ada sorg bdak ni sama induce ngan aku, anak dia dah lemas. Esoknya aku dapat tahu anak dia xberjaya diselamatkan. Kesiannya...dah le anak first..semoga dia dikuatkan semangat dan ditabahkan hati.
30 april 2010- 2 pagi nurse suruh puasa balik. kul 11pg tuh nurse suh prepare nak operate. masa tuh dah berdebar2 gak. kol shah bagitau nak operate. Dia ngan ayah aku xjadi pegi sembahyang jumaat...ayah aku xtenang nak pegi..dia suh patah balik pegi hospital.
Alhamdulillah lahirlah seorang putera bernama "Muhammad Irfan bin Mohd Izruddinshah" pada pukul 12.56 tengahari seberat 3.76 kg.
Sunday, April 11, 2010
barang2 baby dan ibu yang perlu dibawa ke hospital
A. Barang2 baby
Pakaian baby - 2helai
Sarung tangan, stokin dan topi
Set barang mandian
Baby oil
Minyak yuyi
Pampers
Kain bedung
Blanket
Wet tissue
Sarung tangan, stokin dan topi
Set barang mandian
Baby oil
Minyak yuyi
Pampers
Kain bedung
Blanket
Wet tissue
B. Barang2 ibu
Kad pengenalan diri (ic)
Buku rekod kesihatan ibu (buku merah)
Pakaian dalam
Kain batik
Pakaian nak pulang
Maternity pad
Set mandian
Stokin
Nursing bra
Tuala mandi
Termos
3 in 1 milo dan biskut
Tin susu dan botol susu (spare)
Plastik bj kotor
Tuesday, April 6, 2010
Monday, March 29, 2010
List Barang2 Baby
Preparation :
Baby
A. Pakaian
Baby
A. Pakaian
- Baju Lengan Panjang - 4 psg ~ done
- Baju Lengan Pendek - 4 psg ~ done
- Baju Lubang - 4 psg ~ done
- Sarung tangan & stokin - 5 psg ~ done
- Topi - 3 psg ~ done
- Barut (mak buat)
- Sapu tangan - 5 helai ~ done
- Kain Bedung - 3 helai ~ done
- Kain Lampin - 1 dozen ~ done
- Pampers new born ~ done
B. Peralatan Mandi
- Set mandian ~ done
- Tub mandi ~ done
- Tuala - 2 helai ~ done
- Losyen ~ done
- Bedak ~ done
- Baby oil ~ done
- Cotton Ball ~ done
- Cotton buds ~ done
- Minyak yuyi ~ done
- Wet tissue ~ done
- Nappy Cream ~ done
- Sikat & nail clipper ~ done
- Sabun Pakaian ~ done
- Tilam ~ done
- Bantal Tidur - 2 biji ~ done
- Bantal peluk - 2 biji ~ done
- Blanket - 2 helai ~ done
- Kelambu ~ done
- Changing Mat ~ done
- Botol susu (set newborn AVENT) ~ done
- Alat pembersih ~ done
- Puting ~ done
- Termos ~ done
- Bakul barang2 susu
- Susu untuk spare - 1 tin kecik (enfalec) ~ done
- Stroller ~ done
- Car seat ~ done (Omni guard)
- Baby sling
- Breast pumps ~ done (AVENT)
- Nursing bra ~ done
- Maternity pad ~ done
- Bengkung ~ done (bengkung moden)
- Set Jamu ~ done (set Leesa Formula)
- Stokin ~ done
* colour merah - beli lepas bersalin
jaLan2 ke SingapoRe
Finally dapat gak pi holiday end of the year 2009 ni. Ingat nak pi pulau2 di Sabah. Tapi mengenangkan aku sudah preggy dan xleh naik speed boat...so pi lah jejalan tempat2 yg santai2 ja. So, my hubby and i pilih Singapore. Kami pegi 17-20 Dis 2009 dan menginap di Bencoolen Hotel. Hotel pun dekat ngan masjid, tempat makan melayu..so senang. Padahal kitaorg main book ja hotel...Kami sampai di Singapore around pkol 8.30 pagi..so, my hubby dah planing pagi tu kami akan ke Zoo Singapore. Tempat2 yg kami lawati ialah Bugis Street, sentosa island, underwater world & dolphin lagoon, The Merlion, Orchard Shopping Mall n etc. Xsah kalu xbeli baju kat hardrock cafe.Kami Enjoy!!!
1st Pregnant
Alhamdulillah syukur kepada-NYa...aku disahkan pregnant. Erkkk..xlama lagi akan jadi ibu...Ramai kengkwn yang preggy tahun ni (shida, fiza, rozek, wawa, ema n ika). Leh la wat team baby stats nanti...hikhikhik. Kakak ipar aku pun preggy gak..so tahun 2010 ni insyaALLAH mak ayah aku dptlah 2 orang cucu. Shah memang hepi sgt bila tau..mana taknya mcm drama je masa doc kasitau tu. Asalnya nak pi klinik sbb dia asik sakit perot ja..pastu doc suh aku amik sampel air kencing..."Tahniah anda akan jadi bapa" kata doktor...xker mcm drama..aku siap tanya 2kali..betul ke doc ni..padahal gumbira+neves...Stakat ni aku xdelah alah teruk2. Selera mkn yg begitu memberangsangkan sehingga naik 4.5kg. Terus doc suh amik test air gula. Erkkk teruknya rasa...nak pengsan kene tunggu 2jam tuh. Muka toye ja. Alhamdulillah skang dah masuk 33 weeks...baby so active. A healty, happy, normal baby is all that's important.
Just Be calm, be CooL and Breath
Just Be calm, be CooL and Breath
Saturday, March 27, 2010
HoneYmooN
16-20 hb jun 2009 kami berbulan madu ke bali, indonesia. Dari LCCT ke Ngurah Rai International Airport around 50 minutes. 1 hours kami beratur nak masuk ke dlm. Around pkul 2pm gak la baru nak siap.Sampai beg kami tersadai kat tepi post guard tu. ingat dah ilang tadi...perut dah lapa giler. nasib baik org travel agency terus pick up kami dan pg lunch. Kami menginap di Holiday Inn, Kuta. berhampiran dgn kuta beach...hotel tu makanannya halal. Kat sana byk hotel murah2, tapi nak cari yg halal terpaksa byr lebih. banyak tempat yg kami lawati for examples Kintamani, Tanah Lot, Jimbara, Ulu Watu...so beatiful. Orangnya sangat ramah dan baik. Kalau pegi sana xpayah risau dgn pencopek2 ni..kat sana kalau mencuri, terus dibunuh di situ baru panggil pak polisi. Apa-apapun kami enjoy di sana...
Subscribe to:
Posts (Atom)