Friday, June 10, 2011

Beijing 2011 ~ Hari Keempat

Hari keempat jalan2 mcm biasa. Cuma hari yang keempat ni kali pertama rasa hujan di Beijing. Hujan turun waktu petang masa pi tgk Acrobatic Show.

(1) Fresh Water Pearl Shop - Kat sini tunjuk dalam tiram tu ada berapa byk pearl..banyak rupanya..ada dekat 50bj.Pearl yg kecik2 tuh dia proses buat krim kecantikan. Yang gemok2 tu dia watlah gelang,cincin n rantai. Aku xdelah teruja sgt pearl ni..sbb kat Sabah pun banyak kan..biasa tgk. Tapi dengar jelah apa dia nak citer. Kami sorang pun xbeli krim tuh..mahai gaklah..takutlah nak pakai sebarangan nih kan..



 Nampak tak bebiji pearl tuh

 Ni lah krim kecantikan yg dipromote

 Duk tunjuk keberkesanan krim Bio-gold Pearl

 Antara Barang2 yg dijual



(2) Summer Palace (Istana Musim Panas) - Kawasannya luas di tepi tasik buatan yang digali oleh manusia iaitu diberi nama Tasik Kunming. Dilengkapi dengan Kuil, Jambatan gaya China, Jeti Perahu Naga, Seni Taman, Balai Teater, Istana, Arca Kerbau dan lain2.

 Perahu Naga

 Pintu Masuk

 Balai Berehat



 Di tepi Tasik Kunming




(3) Dellmann (Stainless Stell) - Kat sini promote shave dan set pisau. Mcm2 pisaulah..sampai teruja semua nak guna pisau2 tuh..ngan aku sekali beli set pisau tuh. Tapi maaf yek..dah tak hingat berapa hinggit dah harga set pisau tuh..

 tunjuk demo


(4) Jewellery Shop - kat sini dia tunjuk batu permata cthnya Ruby, Topaz, Zamrud, Jed dan banyak lagi. Kat sini pun banyak citer pasal jed. Dia terangkan Jed paling bagus dekat Myanmar (sbb lebih kuat) akan tetapi ianya dipanggil Jadeite. Kat sini dia umpan bagi sorang satu rantai jed yg selalu org cina pkai tuh. Semua amiklah. Kat situ pandai gak dia wat tipu helah..dia ckp jual gelang Cold jed 3 seratus..aku ingat seratus yuan..rupanya seratus ringgit..hampeh betul.cissss

 kapal jed

 beria betul dia terang pasal batu permata

(5) Bird's Nest Stadium and Water Cube - Ni tempat stadium olimpik 2008, Beijing. Kat sini tgk diorang jual layang2 cumel (tapi xder gambo)..



 Nilah team bsama, seramai 14org

 irfan yg xmau didukung

 Wif Tour Guide - Sara
Seronok dapat kehulur hilir

(6) Niujie Mosque- Iaitu masjid tertua di Beijing. Niujie adalah kawasan terbesar yang diduduki oleh umat Islam di sini. Ukiran masjid ini campuran Islam dan Cina.





 menempel skit..ngeh2

(7) Acrobatic Show - start tepat kul 5.30 petang..pukul 4.45 petang dah ada kat sana sbb nak chop tempat..kalau lambat kene duk blakang. So, tak best kata Sara. Mmg best tgk acrobatic show ni. Badan sume melentuk liuk..dan paling best tuh yag naik motor dalam gelung besi tuh..best woo..siap ada penunggang moto pomp tuh..cayalah..




TIP: Nak kemana2 kene bawak botol kosong sbb kat dalam toilet xder air..hanya ada air kat sinki luar. Biasalah org cina mana guna air.

Saturday, June 4, 2011

Beijing 2011 ~ Hari Ketiga

Untuk hari ketiga ini perjalanan agak memenatkan coz asik turun naik bas..aduihhh bila time irfan tido yg xlaratnya duk turun naik buggy dia tuh..oleh kerana teruja punya pasal..gagah jugaklah. Hari ni berkumpul agak awal skit iaitu kul 6.30 pagi. kiranya kul 7pagi dah breakfast.

(1) Jed Center - tempat ni tunjuk buat jed sampai la jual barang-barangan jed. Mereka tunjuk macamana nak tau kualiti jed. Perbezaan jed ni bleh kita gunakan cara mengetuk jed tu akan menghasilkan bunyi yg berbeza2.

Cara2 bentukkan jed

 Ni amoi yang explain ttg jed


Ni antara jed2 yg dijual

 Posing skit

(2) Medical Cream Center- kat sini dia jual cream utk sembuh luka n krim kecantikan. Dia buat demo pegang besi panas pastu sapu krim tuh...kat situ jugak ada check kesihatan..tgk darah berjalan lancar ker tidak..aku punya salur darah masih panjang2..cuma ada bengkok2 skit. Kat sini xamik gambo pun..sowi

(3) Crystal Center - Kat sini baru ada beli skit. Abah irfan hadiahkan seutas rantai (tqvm). Pompoan kan sukakan aksesori..mmg cantik2 tapi mahai la..kedai kerajaan kan.

 Serba sedikit citer pasai crystal


Kepercayaan orang cina apabila menyentuhnya akan dapat tuah kekayaan dan panjang umur. Tapi bleh pegang sampai 3kali ja. Kalau lebih hilang semua tuahnya.

 antara barang2 crystal



Ni patung Maharaja China yg dulu2 diperbuat dari jed.

(4) Great Wall - Inilah tempat yg dinanti-nantikan..sebelum pegi Great Wall ni kami dah siap mkn n solat kat tempat crystal tuh. Masa sampai kat Great Wall tuh irfan dah lena..masa kat ateh bas tuh lagi mak ayah si aimi dah ckp diorg tak naik..so aku dah mintak tolong makcik tu jaga irfan..mak ayah dia nak pergi naik itu tembok...wah sudah lama tak naik tangga tinggi2 ni..pancit gaklah mak ni...tangga dia jenis tinggi2 dan cerun. Masa naik tuh ada gaklah org muntah2..adus..lariiii. aku ni dah ler penggayat orgnya..nama je slalu naik gunung bagai..masa nak turun tuh agak lembabs lah skit..pegang besi tepi tangga tu xlepas tuh..aishhh

kat bawah great wall tuh ada plak amik gambo pkai costume org cina. Skali ngan gambo dah print 100 yuan.

 Gayat kan..

 apa pesen ntah

 beginilah org dah xder stamina..haishhh

 ssape nak padlock cinta mereka di sini..tetapi aku tidak..ngeh2

posing skit bsama abah irfan

(5) Dr. Tea ( Tea Ceremony) - kat sini tunjuk pelbagai jenis teh dan cara minum setiap teh pun berbeza. Cara pegang cawan teh tuh berbeza antara lelaki n perempuan. Antara teh2 yang dijual ialah Teh Jasmine (baik utk mata, Teh Oolong (utk kurangkan kolestrol)..ada lagi tp dah lupa.

kat sini irfan femes..amoi2 sume nak amik gambo

(7) Sunny Gold Street - ni tempat kedua shopping kami..mmg best shopping kat sini walaupun tempat ni kecik tapi xramai org. So, kita bleh bargain kaw2 punya. Aku agak terkilan xbeli comforter kat sini..sbb 1st time kan pegi..kita xtau mana tmpat shopping yg kita dibawa tuh mcmana suasana n harganya. Tapi kat sini dapat shopping 1 jam 45 minit ja...dapat beli 3 helai blouse, 2 helai tudung, 1 tshirt irfan, set2 cadar meja n sarung tisu...wah nak shopping lagi.

(8) Hard Rock Cafe - Seperti biasa wajib beli t-shirt utk koleksi. Sebelum ni kami baru ada 2 t-shirt HR iaitu masa kat Bali n Singapore. Hampir 400 yuan melayang di sini.




peace...

Lepas tu kami pun dinner time. Kali ni dinner dekat2 hotel kami. Makanan kat sini agak sedap skit sbb pedas skit. Kat China ni yg best ni sbb byk tul jenis lauknya..




Tip : kalau nak beli barang..make sure pikir dulu sebelum letak harga. Selalunya bila kita bargain kaw2 dia akan pilih harga yg kita ckp kali pertama tuh..nak mintak kurang pd tuh dah agak susah.

Thursday, June 2, 2011

Beijing 2011 ~ Hari Kedua

Semasa kami pegi Beijing waktu ni dah last musim bunga..cuaca sejuk mcm air-cond ja.
Udara agak kering so kene standby bwk lipgloss kemana2. Waktu siang lebih panjang dari mlm yang mana subuh seawal pukul 3.07 pagi dan isyak pukul 9.00 mlm. Untuk hari kedua ni kami diminta berkumpul dilobi seawal 7pagi. Oleh kerana kami telah amik package muslim tour, so apabila mkn dia akan bwk ke restoran muslim dan pabila waktu solat kami akan dibawa ke masjid. Kami bersarapan pagi seawal 7.30 pagi, 30 minit jugaklah dari hotel ngan restoran tuh...Makan pagi selalunya diberi roti, nasi goreng cina dan air teh kosong.

Tiananmen Square adalah satu dataran yang dibina semasa Dinasti Ming. Dataran ni ada sejarah2nya contohnya Bantahan Dataran Tiananmen 1989 yang merupakan tunjuk perasaan yg dipimpin oleh pelajar, cendiakawan dan aktivis buruh di Republik Rakyat China (PRC). 



pose bsama abg polis


Forbidden City (Kota Larangan) merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota BeijingChina, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.



yeyyy!!

pokok sehati sejiwa


Kita makan dulu...chinese style..masakan diorg letak cili kering utk bagi pedas..sayur mcm2 jenis..nasib baik aku suka mkn sayur kan..






Solat di Masjid Nandouya. Abah irfan ada amik gambo..tapi dlm kamera hanphone dia la plak..haishhh

Lepas solat kami pegi Free Foot Massage plak. Setiap sorang dpt free massage. Diletakkan kaki dlm sebesen air suam2 dan diletakkan teh herba. Massage ala2 kadar pastu guna minyak yg diaorang nak jual iaitu xsilap aku minyak tu RM100 ringgit kita..mak aiii mahainya..terus xjadi nak beli la..org yg bagi penjelasan kat kami tuh pandai ckp indonesia..dah jadi mcm org indon plak..dia tanya sapa nak check kesihatan..sume wat derk ja..tapi si farhan (bdak yang sesama pegi) dia nak check..pastu dia suh farhan beli mcm2..terus dia xmau.Kita org sume balik tanpa beli apa2.



Selepas tuh kami pegi Silk Center plak..diberi penerangan dari ulat sutera sampai la cadar sutera. Cadar sutera tuh mmg la cantik2. Tapi harga pun cantik gak lah..ngeh2. Kat situ aku beli kain sutera untuk mak aku n satu pasang kain sutera utk aku gak. Kain dia harga sama mcm Malaysia ja pun..mahai gak. Oleh kerana mak aku dah pesan..beli jelah kan..

 canteq kan

emmm lembutnya

cadar sutera..emm mahai ni

Barang2 yng dijual di tingkat atas

Dah letih2 tgk silk pegi plak shopping kat Wangfujing Street. Tapi xder maknanya nak shopping kat situ sbbnya kat Wangfujing Street tu byk mall ala2 barang2 kat Mid Valley n KLCC kita. Maksud aku brgnya standard harga Malaysia la...so kami hanya jln2 cuci mata n amik gambo.

jadi model sat

ada jual mknan pelik2 cthnya:kuda laut,tapak sulaiman..aku amik dari jauh ja..errkkk

posing skit

Dalam kul 7.30 mlm kami mkn malam. Makanan seperti biasa ja. Pas makan kami pegi Zu Mart utk beli2 mknan skit. Aku mmg suka minum jus orange kat sana..sbb murah kan..belagak tuh. Zu Mart tuh mcm Giant @ Carefour kita kat sini. Kedai2 kat Beijing ni kul 9.30 mlm dah nak tutuplah. So pas beli tuh kami relax2 kat hotel la. Tido awai skit sbb esk nak bjalan lagi.

TIP : Bawak Garam skit, sbb air kat Beijing ni banyak klorin..sapa xtahan kulit jadi gatai2